Sunday, 11 December 2011

berombak rinduu~

assalamualaikum semua :)

last sunday aku pergi berombak rindu dengan ekin rakan sekerja aku. mula mula aku memang teruja nak tengok cerite ni. antara yang berjaya menarik aku ialah ost cerita ni yang sangat best.*cett~padahal minat dekat aaron aziz hehe.tapi sebab sebnar adalah sbb dapat tiket free...thanks to ekin yang aku tak tau ape dye cakap kat abang yg jual tiket tu sampai kasi 2 tiket free kat kitorang. tapi seriously bagi aku cite tu ok la (maaf peminat tegar cerita ni)...tapi masih gagal buat aku menitiskan air mata. adakah aku ni je yang tak ada perasaan???korang bayangkan lah kanan aku ekin da nanges2 tengok cerita tu. nasib baik adik lelaki aku yg dudak sebelah kiri aku tak nanges. kalau nanges jugak tak tau la nak cakap ape kan. haish~nak buat macam mana...si kejam takkan dapat jadi princess yang baik hati...

soooo sweeat~
bila la bole snap pic mcm ni..ahaha *beranggan jap

si cantik manis lisa surihani...
dialog dye yg paling aku ingat "one fine day you'll be deadly in love with me" 
woa~cara dye cakap tu memang penoh dengan kebencian bukan cinta...

overall ok la cite ni...tapi aku still tunggu cerita yang dapat buat aku menitiskan air mata macam first time tengok cerita titanic...


friendship never ends~

assalamualaikum semua :)

setelah berakhirnya kisah hidup aku bergelar seorang pelajar asasi undang-undang uitm kuantan aku selalu rindukan teman-teman seperjuanggan sepanjang setahun setengah aku kat sana. nak nak roomate dengan housemate aku untuk sem 3 ni.walaupon aku baru je kenal korang *yang aku baru perasan korang wujud kat uitm pon ade tapi kita bole rapat macam da kawan sejak kechik. sumpah aku rindu korang semua. setiap kali aku pergi ataupun lalu kat tempat-tempat bersejarah kita waktu lepak-lepak dulu aku mesti teringat kat korang. sekarang kat mana mana aku pergi mesti teringat kat korang. pegi ecm ke mega ke nak nak pegi mcd mesti aku cepat tacing teingat kat korang. air mata tu macam laju je nak menitis. sayurkan aku ni... :'(



 macam macam yang aku belajar dari korang. salah satunya yang aku belajar dari korang ialah yang ada kat quote kat pic yg kat atas tu..the only way to have a friend is to be one. koranglah teman terbaik sepanjang aku kat sana. korang pon tau kan yang aku ni memang susah nak rapat dengan orang. aku ni bukannya jenis mesra alam yang sentiasa senyum kat orang lain, perangai aku pon pelik sikit. terima kasih sebab memahami dan sentiasa sabar dengan aku :) sayang korang.





tengok lepas korang tak da kat kuantan aku meroyan sorang-sorang kat mcd. kesian aku sorang-sorang. korang datang la sini melawat aku.

meet syira my roomie the since first sem until the end of asasi~
sayang kamu sangat-sangat

amalina mey~peneman setia si mental ke 7e..
rindu nak gelak gulingguling tengok cerita running men dengan mey
*ijat simpan lagi sepit pink yg mey kasi masa last day kat uitm.

winona emmanuel*tak sure ejaan betol ke salah
'mak' merangkap class rep terbaik untuk law group G. jutaan terima kasih kepada ko sebab da menjadi private tutor aku sepanjang final sem 3. thanks babe.kalau tak kerana ko mesti aku da fail paper law III.
*rindu nak masak masak dengan win...

 syazana athirah azmi nama glamour dye nana hot!!!
si pembawa virus running men...budak ni yang bertanggung jawab buat aku dengan mey addicted dgn cerite tu...*aku simpan lagi buaya yg ko kasi tu...nak cite pasal ko memang tak abis la kan. babe serious aku nak bagitau yang aku baru perasan kewujudan ko kat uitm tu mase sem 3...tapi aku tetap sayang ko :)
gambar ni yang paling aku suka~ada wani dengan yana win pon ada. si baju merah yang buat peace segala tulah wani. sumpah rindu nak dengar suara dye jerit jerit. rindu nak buat rambut princess sama sama dengan wani. ijat rindu yana jugak. suara yana ni sedap tau. dye pandai nyanyi. sayang korang semua.

untuk aku kisahkan semua tentang sahabat sahabat aku kat sini memang la tak bole kan. aku sayang korang sangat sangat. kepada aisyah aku tak de gambar ko pon. sebab tu aku tak tulis apa-apa pon pasal ko..sorry. tapi aku nak korang tau yang kawan kawan yang tak tertulis dalam blog ni pon aku sayang jugak.

p/s: it true that our life as asasian is over...but our friendship last forever :)



homemade apple pie with love

assalamualaikum semua :)

ok kenapa pie with love??? pie with love sebab hari ni aku buat apple pie dengan mak tersayang :). ok actually mini apple pie hehe sebab size dye kechick molek je.tapi tak kisah la coz size doesn't matter what important is the taste kan kan kan?? rasa dye ok la kot sbab si gemuk (abang lelaki) aku cakap pie filling dye ade sikit2 rasa mcm apple pie mcd #bangga kejap ada orang puji...hehe


yummy yummy :)
 ok rupa dye memang la tak comel macam yg jual kat kedai
tp apa yang penting ialah rasanya :)
mini apple pie with <3

p/s: lepas ni kalau ada masa aku akan update pasal cakes and cupcakes pulak :)

baju kurung

assalamualaikum peeps :)

bila cakap pasal baju kurung mesti org akan kaitkan dgn hari raya. biasala kan bila nak raya je orang sebok nak cari baju kurung. tapi bagi aku baju kurung bukan je pasal hari raya. baju kurung lebih dari tu. aku memang peminat setia baju kurung *biasala aku ni jenis yang tradisional sikit..even kalau korang suruh aku pakai baju kurung hari-hari pon tak apa aku lagi suka :).

tapikan..aku macam sedih sangat bila ramai budak-budak sekarang ni cakap yang diorang tak suka baju kurung...rimas la panas la serabut la..macam macam lagi lah yang diorang cakap...tapi yang memang tak bole bla bila dioarang cakap "eh kau pakai lagi baju tu?? macam orang kampung je..." then ada jugak yang cakap "aku pakai baju kurung time raya je..tu pon separuh hari je..bila da petang aku tukar balik pakai t-shirt. tak pon pakai time kenduri..." aku tak suruh pon korang pakai baju kurung 24/7..just aku harap korang hormatilah sikit budaya dan tradisi orang melayu..kalau kita sendiri org melayu yang tak hormati budaya dan warisan kita sendiri siapa lagi yang nak buat kan???


ha tengok..budak kechik pon pakai baju kurung
comel ape pakai baju kurung ni ^_^

Friday, 9 December 2011

new life new blog : it's the end of asasi life...

assalamualaikum semua :).

macam tajuk entry ni...new life new blog *haish ni kali kedua aku buat blog baru. blog lama sudah terkubur sama seperti berakhirnya kisah aku sebagai pelajar asasi undang-undang uitm kuantan. mungkin aku tak dapat habiskan apa yang aku dah mulakan sebagai pelajar undang-undang tapi aku amat hargai apa yang telah aku belajar sepanjang satu tahun setengah aku study kat sana.*hahaha semua salah muet!!! haha past is past izzati sapa suruh tak study #padan muka. ok kita lupakan kisah sedih aku yang gagal untuk sambung bls. life must go on...gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya :)