Sunday, 11 December 2011

baju kurung

assalamualaikum peeps :)

bila cakap pasal baju kurung mesti org akan kaitkan dgn hari raya. biasala kan bila nak raya je orang sebok nak cari baju kurung. tapi bagi aku baju kurung bukan je pasal hari raya. baju kurung lebih dari tu. aku memang peminat setia baju kurung *biasala aku ni jenis yang tradisional sikit..even kalau korang suruh aku pakai baju kurung hari-hari pon tak apa aku lagi suka :).

tapikan..aku macam sedih sangat bila ramai budak-budak sekarang ni cakap yang diorang tak suka baju kurung...rimas la panas la serabut la..macam macam lagi lah yang diorang cakap...tapi yang memang tak bole bla bila dioarang cakap "eh kau pakai lagi baju tu?? macam orang kampung je..." then ada jugak yang cakap "aku pakai baju kurung time raya je..tu pon separuh hari je..bila da petang aku tukar balik pakai t-shirt. tak pon pakai time kenduri..." aku tak suruh pon korang pakai baju kurung 24/7..just aku harap korang hormatilah sikit budaya dan tradisi orang melayu..kalau kita sendiri org melayu yang tak hormati budaya dan warisan kita sendiri siapa lagi yang nak buat kan???


ha tengok..budak kechik pon pakai baju kurung
comel ape pakai baju kurung ni ^_^

No comments:

Post a Comment