Monday, 31 December 2012

TTK-nian's moments



بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم


assalamualaikum :)

pejam celik pejam celik hari dah 31.12.2012 tak berapa lama lagi dah nak masuk tahun baru. sejap je rasa masa berlalu. sekarang tengah study week tak lama lagi final lepas tu cuti sem. sekejap sangat rasa semester kali ni. berakhirnya sem 2 ni bermakna dah satu tahun ijat kat UiTM Shah Alam sekejap je dah habis first year. dah setahun jadi ajk tugas-tugas khas kolej melati bersama jpk ttk yang sangat ohsem kak Farah aka mummy :) banyak gila program yang kitorang involve banyak pengalaman yang dapat sepanjang jadi ajk mummy. terima kasih mummy dah kasi peluang kat kitorang semua.


ni la mummy teling kita
*comel kan dia?? muka dia memang nampak garang2 serious gitu tapi sangat dia awesome 


tiga anak teling~
classmate yang tak pernah terpisah #eh??
dari kiri : zira IZZATI sofia




hadapan : IZZATI sofia syuhada
belakang : farhana afiqah azira


merujuk kepada gambar di atas : kami semua adalah ajk ttk kepada jpk ttk yang diberi nama farah amira *maaf kalau ejaan salah ijat lupa nama ayah kak fara sorry :)


p/s : 2012 was a great year for me and i'm hopping for the best this year :) happy new year everyone and good luck for your up coming final  




Wednesday, 26 December 2012

the unexpected : a day before study week



بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Assalamualaikum semua :)

21.12.2012 hari jumaat last class for this sem. Happy?? not really, perasaan bercampur. tak tahu patut rasa. gembira sebab dah habis kelas untuk semester ini sedih sebab semuanya sudah berakhir dan harus berhadapan dengan final exam yang dah tak berapa nak lama lagi. i'm so not ready for this but lucky i have family and friends who always support me :) le me love u guys .


the famous burger bakar 
*well i personally prefer the normal burger yang biasa orang makan

one day  before study week was awesome. Jannjann bawak ijat, zira, wani ,sya ,kira dan sofia berburger bakar dekat seksyen 7. seronok sangat. makan sampai lebam. haha diorang semua sangat kelakar. lepas makan sampai kenyang diorang buat plan yang sangat gila which is pergi karok. i never knew that there were a place like that in seksyen 7 total crazy. well everything was crazy at that time dengan terkejar-kejar untuk pergi kelas gamelan lepas karok nasib baik janjan sudi hantarkan kitorang balik UiTM siap hantar pergi kelas gamelan lagi tak payah susah susah nak jalan kaki pergi studio yang ijat sendiri tak tahu nama studio tu apa *teruk betul. kalaulah tak da test gamelan malam tu mesti kitorang dah fly. HAHA tapi apapun alhamdulillah test gamelan berjalan dengan lancar tapi ijat memang shaking gila setiap kali cikgu gamelan cakap nak buat test padahal main gamelan boleh tengok notes HEHE.


ijat makan sampai comot peace yow~ 
*oh dibelakang tu wani dia memang pemalu macam ijat haha


janjan dan zira 
*suara janjan sedap ooo nyanyi lagu search tak sangka dia boleh nyanyi macam tu :)

oh ya sebelum terlupa adventure one day before study week tidak berakhir begitu saja. guess what?? akma classmate kitorang ajak pergi interview KEFAJAR lepas test gamelan. ijat memang tak tahu apa-apa pun pasal kefajar ni. niat dihati cuma nak pergi teman interview je nah amekau lima-lima sekali masuk bilik interview.memang lansung tak jangka akan pergi interview tu. memang mengigil la masa nak masuk bilik tu. antara lima orang yang pergi interview ijat rasa ijat la yang paling teruk. nak perkenalkan diri pun tergagap-gagap macam takda harapan langsung nak dapat. ijat confirm tukang interview tu stress dengan ijat sebab langsung tak beri kerja sama diorang tanya soalan ijat jawap macam nak tak nak ja maaf ya kakak dan abang senior yang interview malam tu. tapi ijat memang kesian kat zira, dia nervous sangat sampai tersalah baca surah yang diorang tanya kesian. ijat harap korang dapat interview tu sebab korang memang layak. even if ijat sorang tak dapat ijat harap korang teruskan jugak tanpa ijat ok?? :)

p/s : banyak perkara yang tidak dijangka berlaku dalam hidup ni kita hanya ada satu peluang untuk hidup dan mari berikan yang terbaik agar kita tak akan pernah ada penyesalan dalam hidup ini  :)

ok bye bye semua ijat patut pergi study untuk final doakan kejayaan kami ya :)


Wednesday, 7 November 2012

bagaikan puteri : tak kenal maka tak cinta :)


سْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 

assalamualaikum... :)

berdasarkan tajuk entry kali ini mesti korang rasa post kali ini berkaitan dengan cinta hati dan perasaan kan? tapi tidak sama sekali tidak ada kaitan dengan cinta bla bla bla~ *cett~tajuk macam nak gempak gempak je kan. ok berbalik kepada cerita yang hendak disampaikan, seperti yang tertulis dalam entry sebelum ini aku main hoki. *itu pun kalau ada orang baca HAHA. Memang dah minat sangat sampai konon-konon berhajat nak masuk koko haki sem ni tapi apakan daya nasib tidak menyebelahi :( atas sebab sebab yang tak dapat di elakkan ijat pun masuk GAMELAN. Mula-mula tak dapat masuk hoki sebab jadual kelas clash dengan jadual hoki, aku agak meroyan jugaklah tak puas hati kenapa jadual kelas budak part2 semua clash. Semua ada kelas petang dan dan je practice hoki hari rabu petang stress betul dah tak pasal pasal aku masuk gamelan something that i never ever imagine that i will do in my life. Haish~nak buat macam mana dah jodoh dengan alat musik tradisional terima je la.
I used to play doesn't mean that i don't play anymore
 <3 hockey





ha jadi sekarang ijat main gamelan pulak :) dulu memang tak suka marah geram sangat terpaksa main gamelan semata mata nak lari dari KESATRIA . Sekarang walaupun masih tak mahir main bonang hati dah terjatuh suka dengan gamelan *nama alat tu bonang. Hehehe sejak main gamelan ni ijat ada feeling feeling macam puteri *ok memang perasan but who cares?? biarlah apa orang nak kata .

p/s : maybe i'm not a real princess but at least i am a princess to my parent and i promise to make them proud of me one day  :) 

jodoh pertemuan urusan Allah -bagaikan puteri-

Sunday, 30 September 2012

that moment...


سْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم     


assalamualaikum...

THAT MOMENT bila ijat sedar dah agak lama juga ijat tidak update blog ni gara gara sibuk menyandang tugas sebagai seorang pelajar. sekarang dah masuk sem baru...hurm tak da apa untuk diceritakan barangkali mungkin itu sebab sudah jarang update haha... shah alam sama seperti dulu tiada yang berubah FSPPP juga begitu masih banyak tangga HAHAHA penat T__T

THAT MOMENT bila ijat masuk bilik zira dan tengok dia tengah buat past year account. Ijat rasa macam teruk sangat. Selagi tak masuk final week selagi tulah ijat tak sentuh langsung past year tak buat latihan langsung. Macam ni nak jadi pelajar cemerlang dan terbilang???


that moment i realized i have to change....

THAT MOMENT bila ijat stressed out dengan account math dan segala jenis subject yang men-stress-kan i eat something sweet something nice something that can make me happy :) maybe u should try that. it's really work for me *mungkin gara gara ijat memang macam budak kecik yang suka manis manis :) HAHA 



that moment u will cherished forever is when u happy and thankful
 with everything u have in your life :)

         p/s : it's never too late or too early changed :) when THAT MOMENT comes u will never resist :)



Thursday, 19 July 2012

nota untuk diri sendiri : RAMADHAN :)



بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

assalamualaikum semua :)

hari sabtu ni puasa :) selamat datang ramadhan. Alahamdulillah insyallah diberi peluang sekali lagi tahun ini untuk bertemu ramadhan. sempena bulan ramdhan pada tahun ini aku ada beberapa impian, harapan, peringatan ataupun lebih tepat lagi beberapa check lists perkara-perkara yang PERLU, HARUS dan WAJIB aku buat dalam bulan ramadhan *bukan bulan ramadhan je bulan lain pun kena buat jugak :) sebab kita tak tahu mungkin ini ramadhan kita yang terakhir....

check lists ramadhan...

1. SOLAT
  


dari Abu Hurairah r.a , sabda Rasullullah saw :

" sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia...."

hehe bulan bulan lain pun solat jugak. :) maksud sebenar adalah solat di awal waktu...insyallah. aku akan berusaha untuk memperbaiki diri. 


2. khatam al-quran dalam bulan puasa.


*cantik sangat al-quran ni ^_^

senarai kedua yang ada dalam check list ramadan aku ialah nak khatam al-quran dalam bulan puasa...insyallah :) 1 juzu' 1 hari insyallah berjaya. hehehe memandangkan orang perempuan akan dapat 'cuti' aku dah awal awal lagi baca 7 juzu' pertama dengan harapan dapat habiskan 30 juzu' dalam bulan ramadhan insyallah...

3. kurangkan tidur sepanjang bulan ramadhan...

hehehe aku memang kaki tidur pantang ada gap sikit before pergi kelas mesti aku tidur balik kelas pun tidur *nampak tak nampak tak??? roomate aku mesti dah paham sangat perangai aku. untuk mengelakkan aku tidur je sepanjang ramadhan aku amik keputusan untuk kerja balik kat tempat kerja lama. seronok sangat kedai kek nyum nyumm eh lupa puasa :) 

4. jadi muslimah yang lebih baik 

saya nurul izzati binti mat aris akan cuba memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih baik , lebihkan senyum , lebih bersopan , menghormati orang tua , lebih bersabar , rajinkan diri dan belajar masak dengan mak *hehehe sekarang bukan tak pandai masak tapi sekarang kepakaran lebih kepada buat kek dan kuih je masak lauk tak pandai sangat hohoho~ *dear future husband banyakan bersabar saya akan jadi chef yang berjaya untuk awak ( banyaklah future husband kekasih pun tak pernah ada HAHA )

5. pastikan semua perkara di atas di penuhi...insyallah :)

mengikut apa yang aku belaja dalam subject ads 410 continuous improvement itu sangat penting. jadi aku mesti ada usaha yang berterusan untuk mencapai semua check lists yang aku dah buat....

p/s : doakan saya :)







Tuesday, 17 July 2012

MAAF


بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

assalamualaikum....





maaf...itu saja yang aku boleh cakap sekarang. maaf...tolong jangan paksa aku.maaf... benda benda macam ni tak boleh paksa. maaf... bila ia berkaitan dengan hati biarlah ia datang sendiri. 


sekali lagi maaf...

p/s : i'm not ready for any serious relationship...sorry



Monday, 25 June 2012

permulaan persahabatan yang baru : hoki




بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم



Assalamualaikum...

yess hoki :) bagi yang tidak mengetahui pasti tidak akan percaya yang ijat main hoki. tapi main zaman sekolah je pun itu pun tak aktif sangat sebab sekolah menengah tak ada team hoki perempuan sedih :( bulan may haritu tak ingat berapa haribulan *hehehe* ijat ada join team hoki kolej melati sempena sukan antara kolej dapat la jugak merasa pegang kayu hoki. awesome gila dapat kenal dengan ramai kawan baru :) diorang ni tak sombong walaupun diorang tu dah pandai main diorang tetap ajar ijat dengan mey yang tak pandai sangat main hoki hehehe maklumla dah lama tak main. gamsahabnida :) terima kasih atas tunjuk ajar :)




hoki practiced dekat padang yang dekat dengan seroja
*tak tahu apa nama padang tu haha


team hoki kolej melati
*yang tengah tu tasha team manager hehe suka kacau dia dengan budak jati no 7 HAHA


trex , ketam , syaza

ni lah orang yang bertanggungjawab ajar ijat dengan mey main hoki

terima kasih sekali lagi 
gamsahabnida  :)








ini ika :)

the best goalkeeper ever

sarangheyo












mey dan ijat

dua budak tak pandai main hoki











ika dan ijat
*eh gambar sendiri lagi???

actually ada banyak lagi gambar tapi memandangkan phone hilang ini sajalah yang sempat diupload 
*sedih :(

p/s : sekarang study week i'm supposed to be studying right now but instead of studying i'm busy updating my blog. nampak tak permainannya disitu?? HAHA

Wednesday, 2 May 2012

Dua pilihan


بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم



Daripada Abu Hurairah  r.a, Nabi SAW bersabda :
"jalan menuju ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat".

( hadis riwayat Bukhari dan Muslim )
 

Tuesday, 24 April 2012

kissing with the tars...


بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

assalamualaikum...

kissing?? jangan salah paham dulu aku tak pernah buat benda benda macam tu. itu semua sekadar metafora sahaja. hal ini terjadi pada minggu pertama kesatria. bagi yang tidak mengetahui kesatria tu kiranya macam aktiviti koko yang pelajar uitm kena buat. setiap hari jumaat petang kitorang kena kawad selama 2 jam *tapi terpulanglah kalau dapat jurulatih awesome macam en.Tun kawad tak sampai 2 jam pun :)  ok berbalik kepada cerita yang hendak disampaikan pada hari tersebut keadaan cuaca sangat extremely lebih panas dari biasa *tak dela panas sangat hyperbola je lebih. memandangkan sudah lama meninggalkan bidang kawad kawad ni aku jadi sayur pulak tak tahan panas telah terpengsan dan telah 'mencium' jalan tar yang sangat panas. dan inilah hasilnya tanggan berdarah mulut bengkak segala. nasib baik muka tak berparut ke gigi patah ke kalau tak habis la...aku ni dah la memang tak comel kalau hilang gigi tak tahu la nak cakap ape...

kata-kata dari saksi di tempat kejadian :

mey dan wani : kitorang plan nak buat buat pengsan lepas tu rehat kat tepi tapi tibe tibe dngar org jatuh bedebuk dgn spontan telah jerit ijaaaaaaaaaaaaat!!! last last ijat yg pengsan dulu HAHAHAHA * mereka boleh ketawakan aku??? malu tahu. tapi terima kasih la kat mey, wani dan juga ayah kepada wani dah hantarkan aku balik hostel...jauh kot kalau nak jalan dari padang kawad ke melati...nasib baik ada orang hantarkan. :)


ni la tanggan yang berdarah itu...
sikit je tapi pedih tahu...
berparut pulak tu..

p/s : syukur aku jatuh tak delah teruk sangat...beberapa minggu lepas aku jatuh mak cakap jiran aku pun mengalami hal yg sama tapi dia lagi teruk siap patah hidung bagai. alhamdulillah aku sikit je. saya doakan makcik tu semoga cepat sembuh :) 

Sunday, 22 April 2012

the beginning

assalamualaikum...


بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم



setelah lama tidak mengupdate gara gara kesibukan yang melanda setelah bergelar pelajar degree aku berjaya curi curi masa untuk merepek kat sini kejap.*post pertama sejak sampai shah alam bangga kejap* a very torturing week. penat lelah tak larat semua ada lah complete set. hidup kat sini memang kena banyak bersabar. a senior used to said this to me ''shah alam is all about surviving..'' haish~macam mana aku nak survive 6 sem kat sini bila minggu pertama pun aku dah tak larat?? tak pe tak pe sabar kesusahan boleh buat kita jadi kuat :) optimist baby optimist. yeah it true hati aku masih kat kuantan tenggelam dalam kenanggan zaman asasi but i'm here now here to create new memory at new place with new friend. ok tak de la kawan baru sangat roommate aku pun dari asasi kuantan jugak.


setelah pelbagai rumors keluar yang mengatakan kami pelajar baru tidak mendapat kemudahan kolej akhirnya aku dapat jugak 1 bilik kat kolej melati Alhamdulillah :) 


ini makan pertama yang aku makan dekat shah alam nasi goreng kampung dengan air laici kang yang sangat pelik siap ade buah buah bagai haha. kat sini aku macam sedikit terkejut sebab dia bungkus makanan tak guna polisterin makan tengahari bungkus guna kertas minyak sangat lain tak macam kat uitm kuantan dulu. lagi satu stall yang jual air dan makanan diorang separate-kan. sangat sangat pelik.


ini adalah tiket bus rapid pertama saya. first time naik bus kot *muka bangga*


ini adalah tangga 'batu cave' yang terpaksa kami pelajar di FSPPP daki untuk pergi ke kelas. 92 anak tangga kesemuanya. sebelum naik tangga tu semua lawa cantik ensem je..tapi bila da sampai kat atas semua tu da hilang sebab berpeluh-peluh naik tangga kesian T___T
*sila abaikan roomate saya yang menjadi model tidak berbayar dalam gambar diatas.

apa yang aku boleh simpulkan kat sini ialah aku memang tak suka hidup kat sini. turun tangga nak tangga tu perkara biasa lah kat sini. dengan program yang bersusun susun setiap minggu memang tak dapat la untuk aku menjejakkan kaki di bumi kuantan. haish~homesick bhai..homesick. ditambah pula dengan kerja kerja tambahan yang aku kena buat sebagai seorang ajk kolej melati. pening pening. tak pe tak pe demi kolej sanggup aku korbankan waktu rehat aku kat sini. tapi apa pun nikmat dan ujian kita kena terima dengan hati terbuka. susah susah sikit untuk masa depan sangat berbaloi bak kata orang sabar itu indah, kesusahan dan kesulitan itu yang akan buat kita jadi lagi kuat sebenarnya. seseorang yang anggap aku rival (dia je yg anggap aku ni rival dia tapi aku tak pernah pun) pernah cakap ni kat aku ''kerana sesungguhnya kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..'' *baik pulak rival aku kasi nasihat segala HAHA

p/s: actually dah lama aku draft post ni tapi tak berkesampaian nak published.now it's mid sem break :) saya nak rehat puas puas. selamat bercuti kawan kawan.

Wednesday, 29 February 2012

amanat nasihat tanggungjawab

بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 


assalamualaikum semua


*dush~awal-awal da post gambar muka tension
AMANAT

aku baru habis settle kan hal hal degree yg belum selesai. termenung dalam kereta. macam macam yg berlari lari dalam kepala aku. pening. semua yg aku fikir macam bergabung meletup buatkan kepala aku sakit. ye aku tak kuat. ye aku tak sedia lagi. tak sedia nak tinggalkan rumah. dan aku macam yakin je penyakit homesick akan melanda aku nanti kat shah alam. pening~ aku fikir pasal duit. belanja degree bukan macam asasi dulu. ditambah lagi adik dgn abang aku pun akan sambung belajar. kesian la parent aku. aku bukan kaya sangat pun. tengah syok temenung mak cakap ''ati janggan risau pasal duit semua tu..belajar je rajin rajin dapat keputusan yg bagus buktikan yg ati boleh berjaya..pasal duit semua tu tak payah risau mak abah ada boleh uruskan''. ish mak ni macam tau tau je ape yg tengah aku fikirkan. *nangis dalam hati. sumpah terkejut tadi. mak dah kasi amanat untuk study. risau. takut aku hampakan harapan mak dan abah aku macam zaman asasi dulu :(


wall post dengan nabil *rindu nabil

NASIHAT

nabil antara classmate aku zaman sekolah yg sangat ohsemm!! aku rindu nabil dan kasi tahu nabil tentang keberangkatan aku ke shah alam nanti. ko jangan berubah duduk sini. ye nabil aku akan ingat nasihat orang lama yg dah menapak di uitm shah alam lebih awal dari aku. insyallah aku takan berubah tapi berubah ke arah kebaikan tak pe kan?? doakan aku ye kawan. bukan hanya nabil yg cakap macam tu kat aku. semua cakap jangan berubah. *macam shah alam tu tempat yg scary je.


nabil jugak nasihatkan aku tentang pemilihan kawan. ye nabil aku simpan dalam kepala semua nasihat kau tu. sekali lagi mohon doakan aku ye kawan :)

TANGUNGJAWAB

dua peristiwa diatas menyebabkan aku sedar beban tangungjawab yg ada di bahu aku. tangungjawab sebagai anak sebagai seorang pelajar sebagai seorang sahabat.aku takut aku menghampakan semua.  berat. mampukah aku?? akan ku cuba untuk tidak menghampakan semua :)


sayang mak abah :) 
*ish menyebok je adik aku ni haha


p/s: ''i may not be the best daughter you ever had but i'll try the very best of me not to disappoint you cause one fine day you'll be proud of me. yeah one fine day :')''


Tuesday, 28 February 2012

happy leap year bestie :)

بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 

assalamualaikum :)

it leap year!!! which mean there are 366 days in this year. leap year atau lebih dikenali sebagai tahun lompat dalam bahasa melayu ini menandakan bahawa pada tahun ini kawan saya SYAHIRAH MOHD NOOR berpeluang menyambut hari jadi dia. *kesian celebrate birthday 4 tahun sekali je. 



kesian dia aku ingat zaman asasi dulu dia selalu cakap pasal birthday dia yg hanya ada 4 tahun sekali je. *dear tahun ni ade birthday kamu jangan sedih sedih ye :)


nah amik kek ni pegi main jauh jauh *hanya gambar yg aku google je mampu aku bagi sekarang ni  


ye aku mengaku aku rindu kau sangat sangat. rindu moment moment gelak guling guling jalan kaki pergi ecm dgn kau. yaeh i miss everything about you. rindu nak dengar ceramah free  dari kau. serious aku cakap kau memang beri impact yg aku sendiri tak bole nak explain. aku sayang kau.okbai.

p/s: anda bernasib baik semasa hari jadi yg jarang jarang berlaku ini saya tiada disisi untuk prank anda habis habisan. sebenarnya kau beruntung ok sebab ramai yg akan lebih hargai birthday kau :)

Sunday, 19 February 2012

coklat untuk mak :)

بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم  

assalamualaikum semua :)

sejak akhir akhir ni macam banyak update pasal makanan je. bukan apa lepas ni pergi shah alam dah tak dapat nak masak masak kat rumah dah. sekarang ni menghabiskan sisa sisa terakhir cuti dengan masak masak kat rumah sebelum pergi shah alam *bila dah makin dekat ni rasa macam tak nak pergi pulak. ok hari ni aku buat coklat sendiri khas untuk mak tersayang ^____^


bahan-bahan: milk chocolate,white chocolate, oil candy colour red and violet, chocolate mould dan juga piping bag .
cara-cara: just cairkan guna double boiled method je adik adik sekalian :)



ok tanggan gigil gigil buat ni 



antara hasilnya ^___^


mari buat kira-kira :)

milk chocolate RM 15.80
white chocolate RM 4.80 x 2 = 9.60
chocolate mould RM 8
piping bag RM 2
oil candy colour red and violet RM 6.90 x 2 = 13.80
TOTAL = RM 49.20

total semua barang ni below 50 kira ok la tu kan semua mampu *bos kasi saya discount so harga yg perlu saya bayar cuma RM 35.00 je ^___^


untuk mak :)

p/s : mak ati tak boleh janji nak dapatkan dean list setiap sem tapi ati janji ati takkan hampakan mak macam zaman asasi dulu. sayang mak * tutup muka dengan tanggan malu

Wednesday, 15 February 2012

homemade ice-cream cake

assalamualaikum semua :)

hari ni mencuba satu resipi yang aku tengok kat youtube iaitu ice cream cake. macam teruja sikit bila da tahu buat sendiri *ok maybe tak secomel dan sesedap ice-cream cake baskin robin punya tp kira ok la tu dah boleh buat sendirikan :)

ok jom kita tengok macam mana nak buat ice-cream cake
*AMARAN: ianya sangat sangat senang HARUS cuba ^___^

bahan-bahan:


butter, vanilla ice-cream, biskut creamo, coklat m&m dan hershey's strawberry syrup

keteranggan: untuk ice cream korang boleh guna apa-apa flavor yang korang suka ikut cita rasa. disebabkan mak aku suka vanilla jadi aku guna vanilla flavor. untuk biskut sebenarnya ikut resepi asal guna oreo tp memandangkan kat kedai tadi tak de oreo aku terpaksa beli apa yg ada. coklat m&m dan hershey's strawberry syrup tu optional ingredient je if korang tak guna pun tak pe.

pertama:


mula-mula hancurkan biskut. lepas tu campur dengan melted butter. mix-kan sampai sebati.*ok maaf lupa nak cakap awal-awal yg butter tu kena cairkan dulu sorry :) 

lepas tu:


lepas dah mix-kan biskut dengan melted butter isi dalam loyang.*pastikan loyang tu boleh ''bukak-bukak" (atau nama scientificnya ialah ''loose-pan'' kalau tak silap)
maaf explanation aku memang fail.

seterusnya:

seterusnya kena 'lembutkan' ice cream tu guna sudu.


dan letak ice cream tu dalam loyang yang sudah diisi dengan mixture biskut dan melted butter tadi.


mari hias-hias :)


ok hias-hias guna coklat m&m :)
*tabur-tabur je ikut suka hati


lepas tu balut dengan aluminium foil dan letak dalam freezer kejap.
lebih kurang 4jam kot tapi lagi lama lagi bagus :)


ok tahu kek ni tak comel tak cantik mcm BR punya ice cream cake
*messy gila ice cream tu dah cair

p/s: selamat mencuba :) *aku terlupa tengok vanilla coklat semata-mata buat ni tau janggan tak cuba pulak

Friday, 3 February 2012

Alhamdulillah :)

assalamualaikum :)

semalam 2 February hari yang dinanti penentu masa depan semua pelajar asasi undang-undang uitm kuantan. macam macam rumors aku dengar pasal result. lawak macam macam dengar dari 12 am sampai la ke 12 pm esoknya last last pukul 5pm jugak boleh tengok result. macam nak gila tunggu. sabar je lah. balik je dari kerja lappy lah yang aku serang dulu konon nak balik terus dapat tahu result. tapi biasalah kita manusia hanya boleh merancang tapi Allah yang menentukan semuanya. dari pukul 6.30 sampai la maghrib masih tak dapat tengok result ujian betul. akhirnya aku give up berhenti check result dan pergi solat maghrib dan terus baca Al-Quran untuk tenangkan fikiran yang dah runsing ni. alhamdulillah syukur hanya itu yang mampu aku luahkan sekarang :) bersyukur masih di beri peluang untuk sambung belajar. 

sarjana muda pentadbiran korporat

eh ini aneh kenapa semester 2???
kemudahan kolej tidak disediakan???*cuba tengok yg di highlight itu 


alhamdulillah dapat apa yang dihajati. kepada yang tidak bernasib baik jangan berputus asa akan sentiasa ada peluang untuk orang yang bersabar :) dan kepada yang dapat sambung BLS tu teruskan usaha anda sampai berjaya jadi peguam yang jujur okeyh.

p/s: mak nak swift satu :) hehe

Monday, 30 January 2012

law G in memory

assalamualaikum :)

sudah hampir berbulan bulan aku tak jumpa classmate law G. sumpah rindu mereka :'( rindu nak bangun pagi dan dalam kepala sibuk fikir pasal kelas pukul berapa dekat room mana ada kelas batal ke ape rindu sangat sangat. walau aku dalm kelas pendiam dan kadang kadang ade yg tak pernah bercakap dengan aku tapi aku tetap sayang korang semua.kita semua dah macam adik beradik. paling tak boleh lupa cdo sem 1 dan sem 2. oklah aku dah tak tau nak tulis apa dah ni mari kita tengok memory yang tercipta bersama :) *AMARAN : post kali ini dipenuhi gambar

the 1st generation of law G (GIRLS ONLY)
CDO sem1 tema: pink (wonder girls)


meet the wonder boys
yusuf, farid, iman, huseini, hakim, rejab
*muka aidil tak nampak


wah rejab sentiasa pose maut HAHA

win dan adibah sentisa comel

waktu ni aku tak ingat kita tengah discuss pasal ape..


reen, jue, hadya, yasmin, ain
*rindu!!!

 farid sentiasa comel!!


korang ingat lagi tak istana pasir yg kita buat sama-sama??


photo shoot gambar raya pertama kita :)  


bear farewell party 


rindu korang semua


cdo sem 2 


OKEY suka gambar ni 
*ada wani dari law H


OKEY farid memang comel


suriana seman :)


syaiful aidil muliani *panjang gila nama 


nurul atikah haris


alyani *partner assignment


the belle's
nurul, nora, salma, eja


sementara menunggu bas 
snap dua tiga gambar


shira, hajar, nurul


muka happy korang :)


jazzle *satu satunya classmate kita yg x de fb


korang terbaik


dinner


laura, aku, sarah
*first time aku makeup ber-eyelashes bagai


huseini dan winona


winona dan rejab


ijat dan winona
*geng main angry bird sampai lebam


aiman dan winona


ijat dan husein
*girlfriend sein jangan marah 


sayang korang!!

p/s: mungkin lepas ni kita da tak jumpa lagi tapi korang tetap dalam hati aku. best of luck untuk result degree yg bakal keluar 2 feb nanti. pada yg dpt sambung bls jangan pernah lupakan aku tau. nanti dah jadi lawyer berjaya jangan sombong sombong tau.