Saturday, 28 January 2012

Hadis: bahaya kemewahan

assalamualikum semua :)
beberapa hari lepas aku ada ternampak post fb naib canselor uitm Dato' Prof.Ir.Dr. Sahol Hamid Abu Bakar tentang budaya membaca, jadi harini aku nak kongsi sikit tentang satu hadis dalam buku yg telah aku baca iaitu 40 hadis peristiwa akhir zaman susunan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.    

inila post fb yg aku cakap tu

salah satu hadis yg terdapat dalam buku tersebut. 

daripada Ali bin Abi Talib r.a ; ''Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yg bertampung dengan kulit . Tatkala Rasulullah saw melihat kepadanya Baginda menagis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yg terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda, ''bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian dan pergi di waktu petang dengan pakaian yg lain pula. Dan bila diangkat satu hidangan diletak pula satu hidangan yg lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu Ka'bah?'' Maka jawab sahabat, ''Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik dari hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki''. Lalu Nabi saw bersabda, ''Tidak, keadan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu''. 

keterangan:

dalam hadis ni Nabi Muhammad saw menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus putus. rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam perhiasan. Dalam keadan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti sahabat. Dimana kalau semua sudah ada , maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi nabi kita mengatakan, '' Keadaan serba kekuranggan itu adalah lebih baik untuk kita,'' ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt, sepertimana yg berlaku pada hari ini. Segala yg kita miliki walaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi. Tetapi bila dibandingkan dengan kehidupan para sahabat kita jauh lebih mewah daripada mereka sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yg ada selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadat. Kta sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yg pernah disabdakan oleh Rasulullah saw, ''seandainya seorang anak Adam itu telah menjumpai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang emas yg kedua, sehingga ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)''.

Begitulah gambaran yg sebenar terhadap ketamakan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika itu barulah ia sedar dirinya dengan seribu satu penyesalan. tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. Oleh itu, janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yg penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari harta benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yg kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yg bijak adalah orang yg mempunyai peeerhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat sebagai tempat memetik buahnya. 
                             petikan dari buku 40 hadis peristiwa akhir zaman

pandanggan saya:

kita boleh nampak sekarang apa yg dikatakan sudah menjadi kenyataan. taraf hidup semakin meningkat dan kita semakin lalai dengan hal hal duniawi. macam satu quotes dalam twitter ''when it comes to worldy matters, many of us become so competitive. But how many of us compete for Hereafter? Ya bila cakap tentang dunia semua nakkan yg terbaik sampai sanggup buat apa sahaja dan menghalalkan apa saja cara untuk mendapatkan yg dingini, tapi berapa ramai yg berusaha seimbangkan dunia dan akhirat? 

p/s: sekadar berkongsi ilmu yg diperolehi dgn membaca :) maaf jika ada kesalahan yang buruk datang dari saya yang baik hanya dari Allah SWT.

No comments:

Post a Comment