Thursday, 26 January 2012

kelebihan solat sunat

Assalamualaikum semua :)

hari ini baru ada kesempatan untuk meng-update blog setelah hampir tiga bulan bekerja dan membuang masa sebelum menyambung pelajaran. *ini post pertama untuk tahun ini 2012. okey sekarang aku nak kongi sedikit tentang apa yg telah aku baca dalam buku 99 solat sunat (maaf tak tahu siapa penulis sebab hanya ada nama publisher je kat buku tu)
 
                                             
       ''dan mintalah pertolongan kepada Allah dgn sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang  khusyuk ''. (al-baqarah 45)

solat sunat juga disebut solat nawafil iaitu solat sukarela yang dilakukan selain daripada solat fardhu. solat -solat sunat ini disyariatkan untuk menambah atau menampal kekuranggan yg terdapat dalam solat fardu. kekurangan ini berlaku dengan tidak sengaja seperti lupa, rosak pembacaan, tertinggal tomakninah dan sebagainya.

solat sunat mempunyai banyak kelebihannya antaranya ialah ;

1) menambah kesempurnaan ke atas solat fardhu. solat sunat yang khusyuk boleh menampung kecacatan solat fardhu.

sabda Rasulullah SAW : '' sesungguhnya yg pertama sekali dihisab di hari kiamat dari amalan manusia ialah solatnya. Allah berfirman kepada malaikat-Nya, sedang ia lebih mengetahui; 'Periksalah solat hamba-Ku, sempurna atau kurang? jika sempurna tulislah sempurna, dan jika kurang tulislah kurang walupun sedikit'. Allah berfirman: 'periksalah adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat? jika ada sunatnya, sempurnakanlah untuk hamba-Ku solat fardhunya itu dengan solat sunatnya, kemudian diambillah amalan munurut yg demikian.'' -(riwayat Abu Daud)

2) meningkatkan iman. solat sunat yang khusyuk menjadikan orang itu semakin dekat kepada Allah dan meningkatkan keimanannya.

sabda Rasulullah SAW "istiqamahkanlah dan ketahuilah bahawa sebaik-baik amalan kamu ialah solat dan tidak ada yg memelihara wudhuk kecuali orang yg beriman." (riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)

3) solat sunat dapat menambah rasa hampir diri kepada Allah. solat sunat yg dibuat siang dan malam dengan sentisa melakukannya akan menjadikan seseorang itu semakin hampir kepada Allah.

banyak lagi kelebihan dan keistimewaan solat sunat secara khusus mengikut jenis solat sunat. oleh itu bagi kita yg telah memahami kedudukannya, maka patut sekali melakukannya setiap hari dan istiqamah :).

p/s: sekadar berkongsi ilmu yg diperolehi dgn membaca :) maaf jika ada kesalahan yang buruk datang dari saya yang baik hanya dari Allah SWT.

No comments:

Post a Comment