Wednesday, 29 February 2012

amanat nasihat tanggungjawab

بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 


assalamualaikum semua


*dush~awal-awal da post gambar muka tension
AMANAT

aku baru habis settle kan hal hal degree yg belum selesai. termenung dalam kereta. macam macam yg berlari lari dalam kepala aku. pening. semua yg aku fikir macam bergabung meletup buatkan kepala aku sakit. ye aku tak kuat. ye aku tak sedia lagi. tak sedia nak tinggalkan rumah. dan aku macam yakin je penyakit homesick akan melanda aku nanti kat shah alam. pening~ aku fikir pasal duit. belanja degree bukan macam asasi dulu. ditambah lagi adik dgn abang aku pun akan sambung belajar. kesian la parent aku. aku bukan kaya sangat pun. tengah syok temenung mak cakap ''ati janggan risau pasal duit semua tu..belajar je rajin rajin dapat keputusan yg bagus buktikan yg ati boleh berjaya..pasal duit semua tu tak payah risau mak abah ada boleh uruskan''. ish mak ni macam tau tau je ape yg tengah aku fikirkan. *nangis dalam hati. sumpah terkejut tadi. mak dah kasi amanat untuk study. risau. takut aku hampakan harapan mak dan abah aku macam zaman asasi dulu :(


wall post dengan nabil *rindu nabil

NASIHAT

nabil antara classmate aku zaman sekolah yg sangat ohsemm!! aku rindu nabil dan kasi tahu nabil tentang keberangkatan aku ke shah alam nanti. ko jangan berubah duduk sini. ye nabil aku akan ingat nasihat orang lama yg dah menapak di uitm shah alam lebih awal dari aku. insyallah aku takan berubah tapi berubah ke arah kebaikan tak pe kan?? doakan aku ye kawan. bukan hanya nabil yg cakap macam tu kat aku. semua cakap jangan berubah. *macam shah alam tu tempat yg scary je.


nabil jugak nasihatkan aku tentang pemilihan kawan. ye nabil aku simpan dalam kepala semua nasihat kau tu. sekali lagi mohon doakan aku ye kawan :)

TANGUNGJAWAB

dua peristiwa diatas menyebabkan aku sedar beban tangungjawab yg ada di bahu aku. tangungjawab sebagai anak sebagai seorang pelajar sebagai seorang sahabat.aku takut aku menghampakan semua.  berat. mampukah aku?? akan ku cuba untuk tidak menghampakan semua :)


sayang mak abah :) 
*ish menyebok je adik aku ni haha


p/s: ''i may not be the best daughter you ever had but i'll try the very best of me not to disappoint you cause one fine day you'll be proud of me. yeah one fine day :')''


Tuesday, 28 February 2012

happy leap year bestie :)

بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 

assalamualaikum :)

it leap year!!! which mean there are 366 days in this year. leap year atau lebih dikenali sebagai tahun lompat dalam bahasa melayu ini menandakan bahawa pada tahun ini kawan saya SYAHIRAH MOHD NOOR berpeluang menyambut hari jadi dia. *kesian celebrate birthday 4 tahun sekali je. 



kesian dia aku ingat zaman asasi dulu dia selalu cakap pasal birthday dia yg hanya ada 4 tahun sekali je. *dear tahun ni ade birthday kamu jangan sedih sedih ye :)


nah amik kek ni pegi main jauh jauh *hanya gambar yg aku google je mampu aku bagi sekarang ni  


ye aku mengaku aku rindu kau sangat sangat. rindu moment moment gelak guling guling jalan kaki pergi ecm dgn kau. yaeh i miss everything about you. rindu nak dengar ceramah free  dari kau. serious aku cakap kau memang beri impact yg aku sendiri tak bole nak explain. aku sayang kau.okbai.

p/s: anda bernasib baik semasa hari jadi yg jarang jarang berlaku ini saya tiada disisi untuk prank anda habis habisan. sebenarnya kau beruntung ok sebab ramai yg akan lebih hargai birthday kau :)

Sunday, 19 February 2012

coklat untuk mak :)

بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم  

assalamualaikum semua :)

sejak akhir akhir ni macam banyak update pasal makanan je. bukan apa lepas ni pergi shah alam dah tak dapat nak masak masak kat rumah dah. sekarang ni menghabiskan sisa sisa terakhir cuti dengan masak masak kat rumah sebelum pergi shah alam *bila dah makin dekat ni rasa macam tak nak pergi pulak. ok hari ni aku buat coklat sendiri khas untuk mak tersayang ^____^


bahan-bahan: milk chocolate,white chocolate, oil candy colour red and violet, chocolate mould dan juga piping bag .
cara-cara: just cairkan guna double boiled method je adik adik sekalian :)



ok tanggan gigil gigil buat ni 



antara hasilnya ^___^


mari buat kira-kira :)

milk chocolate RM 15.80
white chocolate RM 4.80 x 2 = 9.60
chocolate mould RM 8
piping bag RM 2
oil candy colour red and violet RM 6.90 x 2 = 13.80
TOTAL = RM 49.20

total semua barang ni below 50 kira ok la tu kan semua mampu *bos kasi saya discount so harga yg perlu saya bayar cuma RM 35.00 je ^___^


untuk mak :)

p/s : mak ati tak boleh janji nak dapatkan dean list setiap sem tapi ati janji ati takkan hampakan mak macam zaman asasi dulu. sayang mak * tutup muka dengan tanggan malu

Wednesday, 15 February 2012

homemade ice-cream cake

assalamualaikum semua :)

hari ni mencuba satu resipi yang aku tengok kat youtube iaitu ice cream cake. macam teruja sikit bila da tahu buat sendiri *ok maybe tak secomel dan sesedap ice-cream cake baskin robin punya tp kira ok la tu dah boleh buat sendirikan :)

ok jom kita tengok macam mana nak buat ice-cream cake
*AMARAN: ianya sangat sangat senang HARUS cuba ^___^

bahan-bahan:


butter, vanilla ice-cream, biskut creamo, coklat m&m dan hershey's strawberry syrup

keteranggan: untuk ice cream korang boleh guna apa-apa flavor yang korang suka ikut cita rasa. disebabkan mak aku suka vanilla jadi aku guna vanilla flavor. untuk biskut sebenarnya ikut resepi asal guna oreo tp memandangkan kat kedai tadi tak de oreo aku terpaksa beli apa yg ada. coklat m&m dan hershey's strawberry syrup tu optional ingredient je if korang tak guna pun tak pe.

pertama:


mula-mula hancurkan biskut. lepas tu campur dengan melted butter. mix-kan sampai sebati.*ok maaf lupa nak cakap awal-awal yg butter tu kena cairkan dulu sorry :) 

lepas tu:


lepas dah mix-kan biskut dengan melted butter isi dalam loyang.*pastikan loyang tu boleh ''bukak-bukak" (atau nama scientificnya ialah ''loose-pan'' kalau tak silap)
maaf explanation aku memang fail.

seterusnya:

seterusnya kena 'lembutkan' ice cream tu guna sudu.


dan letak ice cream tu dalam loyang yang sudah diisi dengan mixture biskut dan melted butter tadi.


mari hias-hias :)


ok hias-hias guna coklat m&m :)
*tabur-tabur je ikut suka hati


lepas tu balut dengan aluminium foil dan letak dalam freezer kejap.
lebih kurang 4jam kot tapi lagi lama lagi bagus :)


ok tahu kek ni tak comel tak cantik mcm BR punya ice cream cake
*messy gila ice cream tu dah cair

p/s: selamat mencuba :) *aku terlupa tengok vanilla coklat semata-mata buat ni tau janggan tak cuba pulak

Friday, 3 February 2012

Alhamdulillah :)

assalamualaikum :)

semalam 2 February hari yang dinanti penentu masa depan semua pelajar asasi undang-undang uitm kuantan. macam macam rumors aku dengar pasal result. lawak macam macam dengar dari 12 am sampai la ke 12 pm esoknya last last pukul 5pm jugak boleh tengok result. macam nak gila tunggu. sabar je lah. balik je dari kerja lappy lah yang aku serang dulu konon nak balik terus dapat tahu result. tapi biasalah kita manusia hanya boleh merancang tapi Allah yang menentukan semuanya. dari pukul 6.30 sampai la maghrib masih tak dapat tengok result ujian betul. akhirnya aku give up berhenti check result dan pergi solat maghrib dan terus baca Al-Quran untuk tenangkan fikiran yang dah runsing ni. alhamdulillah syukur hanya itu yang mampu aku luahkan sekarang :) bersyukur masih di beri peluang untuk sambung belajar. 

sarjana muda pentadbiran korporat

eh ini aneh kenapa semester 2???
kemudahan kolej tidak disediakan???*cuba tengok yg di highlight itu 


alhamdulillah dapat apa yang dihajati. kepada yang tidak bernasib baik jangan berputus asa akan sentiasa ada peluang untuk orang yang bersabar :) dan kepada yang dapat sambung BLS tu teruskan usaha anda sampai berjaya jadi peguam yang jujur okeyh.

p/s: mak nak swift satu :) hehe