Wednesday, 29 February 2012

amanat nasihat tanggungjawab

بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 


assalamualaikum semua


*dush~awal-awal da post gambar muka tension
AMANAT

aku baru habis settle kan hal hal degree yg belum selesai. termenung dalam kereta. macam macam yg berlari lari dalam kepala aku. pening. semua yg aku fikir macam bergabung meletup buatkan kepala aku sakit. ye aku tak kuat. ye aku tak sedia lagi. tak sedia nak tinggalkan rumah. dan aku macam yakin je penyakit homesick akan melanda aku nanti kat shah alam. pening~ aku fikir pasal duit. belanja degree bukan macam asasi dulu. ditambah lagi adik dgn abang aku pun akan sambung belajar. kesian la parent aku. aku bukan kaya sangat pun. tengah syok temenung mak cakap ''ati janggan risau pasal duit semua tu..belajar je rajin rajin dapat keputusan yg bagus buktikan yg ati boleh berjaya..pasal duit semua tu tak payah risau mak abah ada boleh uruskan''. ish mak ni macam tau tau je ape yg tengah aku fikirkan. *nangis dalam hati. sumpah terkejut tadi. mak dah kasi amanat untuk study. risau. takut aku hampakan harapan mak dan abah aku macam zaman asasi dulu :(


wall post dengan nabil *rindu nabil

NASIHAT

nabil antara classmate aku zaman sekolah yg sangat ohsemm!! aku rindu nabil dan kasi tahu nabil tentang keberangkatan aku ke shah alam nanti. ko jangan berubah duduk sini. ye nabil aku akan ingat nasihat orang lama yg dah menapak di uitm shah alam lebih awal dari aku. insyallah aku takan berubah tapi berubah ke arah kebaikan tak pe kan?? doakan aku ye kawan. bukan hanya nabil yg cakap macam tu kat aku. semua cakap jangan berubah. *macam shah alam tu tempat yg scary je.


nabil jugak nasihatkan aku tentang pemilihan kawan. ye nabil aku simpan dalam kepala semua nasihat kau tu. sekali lagi mohon doakan aku ye kawan :)

TANGUNGJAWAB

dua peristiwa diatas menyebabkan aku sedar beban tangungjawab yg ada di bahu aku. tangungjawab sebagai anak sebagai seorang pelajar sebagai seorang sahabat.aku takut aku menghampakan semua.  berat. mampukah aku?? akan ku cuba untuk tidak menghampakan semua :)


sayang mak abah :) 
*ish menyebok je adik aku ni haha


p/s: ''i may not be the best daughter you ever had but i'll try the very best of me not to disappoint you cause one fine day you'll be proud of me. yeah one fine day :')''


2 comments: