Wednesday, 15 February 2012

homemade ice-cream cake

assalamualaikum semua :)

hari ni mencuba satu resipi yang aku tengok kat youtube iaitu ice cream cake. macam teruja sikit bila da tahu buat sendiri *ok maybe tak secomel dan sesedap ice-cream cake baskin robin punya tp kira ok la tu dah boleh buat sendirikan :)

ok jom kita tengok macam mana nak buat ice-cream cake
*AMARAN: ianya sangat sangat senang HARUS cuba ^___^

bahan-bahan:


butter, vanilla ice-cream, biskut creamo, coklat m&m dan hershey's strawberry syrup

keteranggan: untuk ice cream korang boleh guna apa-apa flavor yang korang suka ikut cita rasa. disebabkan mak aku suka vanilla jadi aku guna vanilla flavor. untuk biskut sebenarnya ikut resepi asal guna oreo tp memandangkan kat kedai tadi tak de oreo aku terpaksa beli apa yg ada. coklat m&m dan hershey's strawberry syrup tu optional ingredient je if korang tak guna pun tak pe.

pertama:


mula-mula hancurkan biskut. lepas tu campur dengan melted butter. mix-kan sampai sebati.*ok maaf lupa nak cakap awal-awal yg butter tu kena cairkan dulu sorry :) 

lepas tu:


lepas dah mix-kan biskut dengan melted butter isi dalam loyang.*pastikan loyang tu boleh ''bukak-bukak" (atau nama scientificnya ialah ''loose-pan'' kalau tak silap)
maaf explanation aku memang fail.

seterusnya:

seterusnya kena 'lembutkan' ice cream tu guna sudu.


dan letak ice cream tu dalam loyang yang sudah diisi dengan mixture biskut dan melted butter tadi.


mari hias-hias :)


ok hias-hias guna coklat m&m :)
*tabur-tabur je ikut suka hati


lepas tu balut dengan aluminium foil dan letak dalam freezer kejap.
lebih kurang 4jam kot tapi lagi lama lagi bagus :)


ok tahu kek ni tak comel tak cantik mcm BR punya ice cream cake
*messy gila ice cream tu dah cair

p/s: selamat mencuba :) *aku terlupa tengok vanilla coklat semata-mata buat ni tau janggan tak cuba pulak

No comments:

Post a Comment