Tuesday, 24 April 2012

kissing with the tars...


بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

assalamualaikum...

kissing?? jangan salah paham dulu aku tak pernah buat benda benda macam tu. itu semua sekadar metafora sahaja. hal ini terjadi pada minggu pertama kesatria. bagi yang tidak mengetahui kesatria tu kiranya macam aktiviti koko yang pelajar uitm kena buat. setiap hari jumaat petang kitorang kena kawad selama 2 jam *tapi terpulanglah kalau dapat jurulatih awesome macam en.Tun kawad tak sampai 2 jam pun :)  ok berbalik kepada cerita yang hendak disampaikan pada hari tersebut keadaan cuaca sangat extremely lebih panas dari biasa *tak dela panas sangat hyperbola je lebih. memandangkan sudah lama meninggalkan bidang kawad kawad ni aku jadi sayur pulak tak tahan panas telah terpengsan dan telah 'mencium' jalan tar yang sangat panas. dan inilah hasilnya tanggan berdarah mulut bengkak segala. nasib baik muka tak berparut ke gigi patah ke kalau tak habis la...aku ni dah la memang tak comel kalau hilang gigi tak tahu la nak cakap ape...

kata-kata dari saksi di tempat kejadian :

mey dan wani : kitorang plan nak buat buat pengsan lepas tu rehat kat tepi tapi tibe tibe dngar org jatuh bedebuk dgn spontan telah jerit ijaaaaaaaaaaaaat!!! last last ijat yg pengsan dulu HAHAHAHA * mereka boleh ketawakan aku??? malu tahu. tapi terima kasih la kat mey, wani dan juga ayah kepada wani dah hantarkan aku balik hostel...jauh kot kalau nak jalan dari padang kawad ke melati...nasib baik ada orang hantarkan. :)


ni la tanggan yang berdarah itu...
sikit je tapi pedih tahu...
berparut pulak tu..

p/s : syukur aku jatuh tak delah teruk sangat...beberapa minggu lepas aku jatuh mak cakap jiran aku pun mengalami hal yg sama tapi dia lagi teruk siap patah hidung bagai. alhamdulillah aku sikit je. saya doakan makcik tu semoga cepat sembuh :) 

Sunday, 22 April 2012

the beginning

assalamualaikum...


بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم



setelah lama tidak mengupdate gara gara kesibukan yang melanda setelah bergelar pelajar degree aku berjaya curi curi masa untuk merepek kat sini kejap.*post pertama sejak sampai shah alam bangga kejap* a very torturing week. penat lelah tak larat semua ada lah complete set. hidup kat sini memang kena banyak bersabar. a senior used to said this to me ''shah alam is all about surviving..'' haish~macam mana aku nak survive 6 sem kat sini bila minggu pertama pun aku dah tak larat?? tak pe tak pe sabar kesusahan boleh buat kita jadi kuat :) optimist baby optimist. yeah it true hati aku masih kat kuantan tenggelam dalam kenanggan zaman asasi but i'm here now here to create new memory at new place with new friend. ok tak de la kawan baru sangat roommate aku pun dari asasi kuantan jugak.


setelah pelbagai rumors keluar yang mengatakan kami pelajar baru tidak mendapat kemudahan kolej akhirnya aku dapat jugak 1 bilik kat kolej melati Alhamdulillah :) 


ini makan pertama yang aku makan dekat shah alam nasi goreng kampung dengan air laici kang yang sangat pelik siap ade buah buah bagai haha. kat sini aku macam sedikit terkejut sebab dia bungkus makanan tak guna polisterin makan tengahari bungkus guna kertas minyak sangat lain tak macam kat uitm kuantan dulu. lagi satu stall yang jual air dan makanan diorang separate-kan. sangat sangat pelik.


ini adalah tiket bus rapid pertama saya. first time naik bus kot *muka bangga*


ini adalah tangga 'batu cave' yang terpaksa kami pelajar di FSPPP daki untuk pergi ke kelas. 92 anak tangga kesemuanya. sebelum naik tangga tu semua lawa cantik ensem je..tapi bila da sampai kat atas semua tu da hilang sebab berpeluh-peluh naik tangga kesian T___T
*sila abaikan roomate saya yang menjadi model tidak berbayar dalam gambar diatas.

apa yang aku boleh simpulkan kat sini ialah aku memang tak suka hidup kat sini. turun tangga nak tangga tu perkara biasa lah kat sini. dengan program yang bersusun susun setiap minggu memang tak dapat la untuk aku menjejakkan kaki di bumi kuantan. haish~homesick bhai..homesick. ditambah pula dengan kerja kerja tambahan yang aku kena buat sebagai seorang ajk kolej melati. pening pening. tak pe tak pe demi kolej sanggup aku korbankan waktu rehat aku kat sini. tapi apa pun nikmat dan ujian kita kena terima dengan hati terbuka. susah susah sikit untuk masa depan sangat berbaloi bak kata orang sabar itu indah, kesusahan dan kesulitan itu yang akan buat kita jadi lagi kuat sebenarnya. seseorang yang anggap aku rival (dia je yg anggap aku ni rival dia tapi aku tak pernah pun) pernah cakap ni kat aku ''kerana sesungguhnya kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..'' *baik pulak rival aku kasi nasihat segala HAHA

p/s: actually dah lama aku draft post ni tapi tak berkesampaian nak published.now it's mid sem break :) saya nak rehat puas puas. selamat bercuti kawan kawan.