Thursday, 19 July 2012

nota untuk diri sendiri : RAMADHAN :)



بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

assalamualaikum semua :)

hari sabtu ni puasa :) selamat datang ramadhan. Alahamdulillah insyallah diberi peluang sekali lagi tahun ini untuk bertemu ramadhan. sempena bulan ramdhan pada tahun ini aku ada beberapa impian, harapan, peringatan ataupun lebih tepat lagi beberapa check lists perkara-perkara yang PERLU, HARUS dan WAJIB aku buat dalam bulan ramadhan *bukan bulan ramadhan je bulan lain pun kena buat jugak :) sebab kita tak tahu mungkin ini ramadhan kita yang terakhir....

check lists ramadhan...

1. SOLAT
  


dari Abu Hurairah r.a , sabda Rasullullah saw :

" sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia...."

hehe bulan bulan lain pun solat jugak. :) maksud sebenar adalah solat di awal waktu...insyallah. aku akan berusaha untuk memperbaiki diri. 


2. khatam al-quran dalam bulan puasa.


*cantik sangat al-quran ni ^_^

senarai kedua yang ada dalam check list ramadan aku ialah nak khatam al-quran dalam bulan puasa...insyallah :) 1 juzu' 1 hari insyallah berjaya. hehehe memandangkan orang perempuan akan dapat 'cuti' aku dah awal awal lagi baca 7 juzu' pertama dengan harapan dapat habiskan 30 juzu' dalam bulan ramadhan insyallah...

3. kurangkan tidur sepanjang bulan ramadhan...

hehehe aku memang kaki tidur pantang ada gap sikit before pergi kelas mesti aku tidur balik kelas pun tidur *nampak tak nampak tak??? roomate aku mesti dah paham sangat perangai aku. untuk mengelakkan aku tidur je sepanjang ramadhan aku amik keputusan untuk kerja balik kat tempat kerja lama. seronok sangat kedai kek nyum nyumm eh lupa puasa :) 

4. jadi muslimah yang lebih baik 

saya nurul izzati binti mat aris akan cuba memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih baik , lebihkan senyum , lebih bersopan , menghormati orang tua , lebih bersabar , rajinkan diri dan belajar masak dengan mak *hehehe sekarang bukan tak pandai masak tapi sekarang kepakaran lebih kepada buat kek dan kuih je masak lauk tak pandai sangat hohoho~ *dear future husband banyakan bersabar saya akan jadi chef yang berjaya untuk awak ( banyaklah future husband kekasih pun tak pernah ada HAHA )

5. pastikan semua perkara di atas di penuhi...insyallah :)

mengikut apa yang aku belaja dalam subject ads 410 continuous improvement itu sangat penting. jadi aku mesti ada usaha yang berterusan untuk mencapai semua check lists yang aku dah buat....

p/s : doakan saya :)







2 comments: